Ahad, 27 Mei 2018

Pengalaman Tamhidi Medic USIM (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.B.T..... Wow this is the first time I wrote something in a blog...
Okey, sebenarnya saya baru je habis tamhidi sebulan yg lepas and now i'm officially 'menganggur' selama 4 bulan sementara tunggu masuk degree bulan 9 nanti hehe (haih bosannya).. and sebab tulah sekarang ni saya nak share dengan korang semua pengalaman saya sepanjang belajar kat tamhidi ni... especially dalam Tamhidi Perubatan... it is really a happy and fantastic journey!!!
 
    Okey.. sbelum saya cerita lebih lanjut kita kena tau dulu apa tu tamhidikan?.. Hehe sbenarnya Tamhidi ni same je macam asasi cuma dekat USIM ni asasi disebut tamhidi... tamhidi tu dlm Bahasa Arab... Tamhidi USIM ni terbahagi kepada lima : Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Tamhidi Syariah Undang2... and the important thing here is bila korang dh masuk tamhidi USIM nnti degree korang kna sambung kat USIM jugak... hehe korang x boleh nk kluar prgi universiti lain (tp klau uni. swasta @ fly gi oversea bolehla) so fikirla betul2 dan buat keputusan sebaiknya. Dan korang mestila lepasan sekolah agama untuk membolehkan korang masuk USIM ( maksudnya ambik PQS dan PSI masa SPM)

    Subject wajib yang korang kena belajar kat USIM ni ialah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Al-Quran dan Sunnah dan ICT.. klau pelajar sains(medic,dentist,sains teknologi) korang akan belajar Al-Quran dan Sunnah masa sem 1 dan ICT masa sem 2 tp untuk pelajar perakaunan dan syariah undang2 korang akan blajar dua2 subjek ni masa sem 1 dan untuk bahasa arab dan bahasa inggeris memang kedua2 sem korang akan belajar dan kesemua subjek tu akan dikira dalam CGPA korang..  FYI sbnarnya bdak tamhidi perubatan, pergigian dan sains teknologi ni belajar subject yang sama so korang x payahla risau.. contohnya klau korang nk sambung medic@dentist nanti degree tp masa kat tamhidi korang tak dapat masuk tamhidi perubatan@pergigian sbb korang still boleh apply utk degree medic@dentist asalkan korang lps syarat2nya... Yg penting skarang ni adalah korang struggle masa kat tamhidi kalau korang nak ambik medic@dentist la.. Dan korang juga wajib ambik MUET (Malaysian University English Test) (nantikan post saya tentang MUET)...

    Tapi sejujurnya saya cakap saya tak berminat langsung nak ambik medic@dentist but because it's my parent's choice so i just follow... (jangan tiru saya... klau korang memang tak nak ambik medic@dentist korang kena cakap awal2 dekat parent korang kalau tak menyesal di kemudian hari) and satu lagi nak masuk course medic@dentist for degree nanti bukannya senang banyak persaingan... even antara budak medic sendiri pn diorang fight untuk dapatkan tempat kat degree for medicine nnti(maksudnya struggle diorang x boleh buat main hehe) sebab sebelum korang diterima masuk belajar degree medic@dentist korang akan diinterview dulu lepas iv pn hnya 90 orang klau x silap utk medic and 30 org utk dentist yg akan dipilih utk sambung degree medic@dentist... dan utk membolehkan korang dipanggil interview for medic@dentist ni korang kna lpas syarat2nya dlu... syarat medic dan syarat dentist... (Nanti klau ade masa saya post pasal interview for medic USIM :) )

    Satu lagi USIM juga ada ambik 2nd intake for tamhidi(tapi tak silap saya tak ramai pun) kalau tak silap so sape2 yang nak masuk usim tapi tak dapat masuk for 1st intake rasanya boleh buat rayuan for 2nd intake... Dan kalau ade yang tanya nanti degree USIM ada berapa banyak choice? Sejujurnya saya cakap USIM buat masa sekarang menawarkan takdela banyak sangat course macam uni. lain.. Sebabnya USIM masih baru lagi...

    Lagi satu, buat masa sekarang(stakat 2018 ni) pelajar degree medic& dentist akan belajar di Kampus USIM Pandan Indah kat KL sbb bangunan sbnar yang kat Nilai tak siap lagi... Dan bagi sesiapa yang rasa macam nak tukar course contohnya daripada tamhidi syariah undang2 nak masuk tamhidi perakaunan, boleh tukar... tapi chances nak dapat tu rendahla lagi2 nk tukar dari tamhidi sains teknologi ke tamhidi perubatan sebab nanti masa buat permohonan tu kita kena nyatakan sebab kenapa kita nak tukar dan akan dipanggil oleh lect. utk jelaskan sbb2nya...

     Pada pandangan sayala... kalau korang dapat course tamhidi sains teknologi korang stay jela dalam course tu sebab macam saya cakap kat atas2 tu whether it is tamhidi medicine, dentistry or science technology it's still the same sbb apa...sbbnya korang tetap blajar subject yg sama... ni yang saya pelik kenapala tak buat nama semua tamhidi(tamhidi medicine, dentistry, science technology) tu tamhidi sains je senang sbbnya nanti akan mengelirukan korang dan memberi harapan kepada korang... So nasihat saya bagi sesiapa yang dapat tamhidi medic@dentist ckp siap2 kat mak ayah korang yang jangan letak harapan terlalu tinggi walaupun korang dah dapat masuk tamhidi medic@dentist sebab belum tentu korang dapat sambung belajar dalam course yang sama nanti degree.. OK? sebab takutnya nanti diorang akan kecewa bila korang tak dapat... Tapi jangan putus asa!!! Jadikan ni sebagai cabaran korang untuk struggle...sekarang ni korang kena fokus belajar kat tamhidi je...

    Sebenarnya nanti korang akan dibahagikan kepada beberapa group besar(dalam 100 lebih satu group).. macam saya, tamhidi perubatan(KTM) ada dalam 100 lebih je so untuk group kuliah ada 1 je maksudnya semua budak medic akan belajar sama2 dalam dewan kuliah untuk semua subjek(kecuali subjek BA,ICT dan BI) kalau pelajar sains teknologi ada lebih kurang 300 lebih so diorang ada 3 group kuliah sains tech. , KTS1 , KTS2 dan KTS 3....dan korang juga akan ada group2 kecil yang dipanggil kelas tutorial. Kelas tutorial ni macam kelas sekolah menengah dulu dan satu tutorial tu dalam 20-30 orang...macam saya, kelas tutorial untuk tamhidi perubatan dibahagikan kepada 5 maksudnya TTM1, TTM2, TTM3, TTM4 dan TTM5.....dan sebenarnya korang akan lebih rapat dengan kawan2 tutorial korang sebab kan group kecik so senang nak kenal...dan lect. senang nak fokus sebab tu saya lagi suka kelas tutorial berbanding group kuliah... Tapi tak semestinya korang tak kenal kawan tutorial lain... Kitorang memang rapat dengan budak tutorial perubatan yang lain.. :) Kelas tutorial ni adalah kelas untuk bincangkan soalan2 tutorial yang diberikan oleh lect. dan inilah masa untuk korang tanya lect. korang apa yang korang tak faham selepas belajar dalam kuliah... dan dalam kelas tutoriallah korang akan belajar BA, BI dan ICT....

     Untuk EXAM... kat tamhidi korang akan banyak buat group and individual assignment, presentation dan test...lagi2 untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab... nanti akan ada kena buat roleplay, video, lakonan dan macam2 lagi hehe memang best sangat!!! masa nila korang dapat kenal lebih rapat lagi dengan kawan2 tutorial korang... dan ianya akan dikira sebagai carrymark utk markah final korang... so korang kena buat baik2 untuk test... hampir setiap minggu korang akan ada test.. So get ready...

    Ok.. sekarang saya nak cakap yang korang akan belajar kat tamhidi ni setahun ( kejap je :( sedih berpisah dgn kawan2 ) tgkla skrg ni saya dah start rindu blajar kat tamhidi padahal bru sebulan abis tamhidi hehe.. dalam setahun tu ade dua sem... 1 sem tu dalam 6 bulan gitu...  Dan pasal ELAUN... seperti yang kita tahu kalau dulu semua pelajar asasi akan dapat elaun tapi start tahun saya elaun untuk budak asasi hanya diberikan kepada mereka yang gaji keseluruhan ibubapa kurang daripada RM10,000... dan kepada sesiapa yg total gaji mak ayah memang takkan dapat elaun tu(sayalah salah seorang tu :'( memang kecewa sgt )... tapi untuk tahun ni saya tak taula sebabkan Malaysia dah berwajah baru :) .... So kita tunggu dan lihat je... hehe... Elaun yang korang akan dapat nanti ialah RM 1250 untuk 1 sem so korang akan dapat dua kalila elaun ni... Nasihat saya korang gunala elaun ni sebaiknya jangan nak boros sangat belanja... nanti menyesal (berdasarkan pengalaman saya)...

    Dan untuk pelajar Tamhidi, korang akan tinggal di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC).. dan ni satu lagi perbezaan antara budak tamhidi dengan budak asasi2 lain... sebabnya KKNC ni adalah kolej kediaman yang paling jauh daripada USIM berbanding kolej2 kediaman USIM yg lain dan KKNC ni mmg untuk pelajar2 tamhidi je tapi adala satu blok tu untuk pelajar degree tahun satu lelaki... rasenya pelajar perempuan degree ade jugak tapi sikit jela... KKNC ni terletak dekat Nilai Impian dan sangatla dekat dengan highway macam USIM jugak...Nantikan post saya yang seterusnya untuk tahu lebih lanjut pasal KKNC... Terima kasih kerana sudi baca blog saya yang tak seberapa ni... Saya just nak share pengalaman je... Ok :) Stay tune!! .... (

Edited: kolej kediaman untuk tamhidi 17/18 adalah di kolej kediaman 1 (KK1)... jadinya saya tak taulah untuk seterus2nya kolej kediaman untuk pelajar Tamhidi di mana.. huhu) Edited: Kolej kediaman untuk pelajar Tamhidi selepas saya punya batch dah tak tinggal di KKNC tapi tinggal di Kolej Kediaman 1 (KK1). Best duduk KK1 ni sebabnya dalam USIM je. Tapi satula tak best, dengar citer banyak monyet >_<

Edited (latest, 05/06/2020): Saya baru dapat tahu yang program tamhidi ade perubahan di mana program tamhidi perubatan, pergigian dan sains digabung menjadi satu tamhidi (ini yang saya mahu, bagus2!) dan ade tambahan satu lagi tamhidi iaitu tamhidi sains fizikal dan teknologi.. Dan untuk tamhidi 20/21 ni, diorang akan tinggal di kknc balik.. Bertabahla dik ye.. Kita senasib je.. Kolej kediaman jauh nun disana.. Huhu.. 

     

Pengalaman Travel ke Jepun Disember 2019 (Japan Travel) ~Part 1

      Assalamualaikum W.B. Bersempena dengan cuti sem selama sebulan ni dan saye tak tau nak buat ape, so saye berhajat ingin menulis blog n...