Disebabkan ramai yang request pasal Interview Medic USIM... So saya akan cerita serba sedikit berdasarkan pengalaman saya.. (sebenarnya saya dah share pasal ni kat Usim Confess)
Interview untuk batch tahun lepas maksudnya degree medic kemasukan 18/19 lain dari sebelum2 ni... Klau sebelum ni dia ade ujian bertulis n interview... Tapi start tahun kitorang, dah x de dah ujian bertulis tu... Iv ni guna konsep Multiple Mini Interview (MMI)... maksudnya korang semua akan singgah banyak stesen (rasenya ad 5 stesen) untuk interview... Dan soalan interview memang sama utk setiap orang... Korang cuma diberi masa 7 minit sahaja untuk setiap stesen... Dan dalam iv ni, resume tak perlu pun... Sebabnya dia akan tanya soalan based on soalan yg dh diprovide...
Ok steps dia macam nilah, first2 korang akan berkumpul di dewan kuliah pastu kat sane nnti korang akan cabut no. giliran... Lepas dah dapat no. giliran korang semua akan disusun mengikut no. giliran tu... (I think it's better kalau dpt no. awal2 sebabnya jenuh nak menunggu kalau dapat no. last2). Rasenya hari tu kitorang punya iv ade dalam 80 lebih.. So ad 3 sesi... Sesi 1st, angka giliran 1-30, sesi kedua angka giliran 31-60 dan sesi ketiga selebihnya... So sesi 1 yang akan mula dulu... Dalam setiap sesi tu kan ade dalam 30 orang, so dalam 30 orang tu pulak korang akan dibahagikan lagi sekali kepada group yg lebih kecil macam group A,B dan C. So kiranya satu group kecik tu ad lebih kurang 10 orang.. Iv ni dia buat dekat bt-bt yang ade kat tingkat 3 tamhidi tu (rasenya semua bt tingkat 3 dia guna).
Seingat saya hari tu, kalau group A dia akan diinterview dekat bt2 yg bahagian depan, group B bt2 yang bahagian tengah dan group C bt2 yang bahagian belakang... Kan ade lima stesen yang korang akan pergi... 4 stesen tu individual dan satu stesen lagi group. Kesemua 30 org tu akan diinterview dalam mase yang same... Nanti akan ade loceng... Di setiap stesen tu dah disediakan soalan siap2 atas meja kat luar bt skali dgn pensil dan kertas... Bila loceng tu berbunyi, korang kena start baca soalan kat stesen korang tu dan catat siap2 point2 yang korang nak cakap nanti... Rasenya baca soalan n tulis point2 dalam 2 minit je, lps tu loceng akan berbunyi sekali lagi and korang kena cepat2 masuk dalam bilik yg ada interviewer tu dan start cakap2 pasal point korang... Dalam bilik tu, korg cuma ada mase 5 minit sahaja nak cakap semua point korang... Lps 5 minit loceng akan berbunyi dan korang kena keluar dari bilik tu walaupun korang x habis lagi cakap point korang..
Mmg soalan dekat stesen2 tu same untuk setiap org, dan bagi saya soalan2 tu ok je.. Yang tak oknya, interviewer tu main psycho.. Haha... Dia akan tanya soalan bertubi2 untuk mengurangkan keyakinan kita... Tapi nasihat saya, korang tetapkanlah pendirian korang dalam setiap point korang tu 😆😆... Be confident ok!! Kalau yang tadi saya cerita untuk individual, untuk yang group pulak iaitu di stesen yang kelima (stesen ni stesen last sekali lepas semua dah habis kat keempat2 stesen), kan ad group A, B dan C tadi... So contohnya, dlm group A ad 10 orang kan, org yg no 1-5 dlm group tu akan jadi satu group untuk stesen ke5 ni dan begitu jugak untuk orang yang no 6-10 dlm group A ni akan jadi satu group... Pastu nanti korang akan diberi satu task, lepas tu korang kena bincang task tu dalam group dalam masa 15 minit rasenya (sorryla saya ingat2 lupa :))... Korang pandai2 lah bahagi, macam sorang tu cakap satu point... Nanti korang akan cakap iku turn, maksudnya ikut no. giliran korang... Nasihat saya janganlah ckp panjang2 sebabnya dia bagi 5@10 minit je untuk semua orang bercakap... Kalau korang cakap panjang2 kesianla org yang belakang2 yang x sempat nak cakap tu...
So, yang ni part soalan pulak.. Saya cuba ingat balik soalan yg ditanya sewaktu saya diinterview (takdelah sebijik sebabnya dah ame so saya lupa... haha )
Ade soalan pasal pak cik ni dia x ade duit dan dia ade diabetes.. dan dia x ade duit nk beli ubat2 so dia guna cara tradisional utk ubati diabetes tu.. Rasenya dia ckp pak cik tu guna daun inai.. Pastu dia tanya, awak setuju x pak cik ni guna cara ni... (Yg ni mcm ad kaitan sikitla dgn ilmu2 medic tu kena tau ape itu diabetes,apa sebab diabetes semua tu) so sepatutnya korg cakap x setuju la kan melainkan adenya kajian Saintifik yg kate daun inai tu boleh ubat diabetes.
Soalan lain, dia bagi satu situation, di mana kawan anda baru kematian ahli keluarga terdekat dan lepas tu ada exam, anda mendapati dia meniru dalam peperiksaan... Jadi anda sebagai kawan dia, adakah anda akan melaporkan perkara itu kepada pegawas peperiksaan... Soalan ni dia macam minta pendapat korang... So pandai2 la fikir... Dia mcm nak uji macam mana cara korang nak hadapi situasi macam ni.. Kiranya mcm nk uji problem solving and critical thinking laa..
Selain tu, ade satu soalan ni, panel ni mcm bertindak sebagai parents korang, dan korang kena pujuk parents korang untuk benarkan korang masuk medic dan bagitaulah sebab kenapa korang nk further dlm medic... Korang kena pandaila cakap apa2 sebabnya panel ni dia macam mendesak kita... Haha... (Sorryla klau soalan x jelas... Sebabnya sy pun dah ingat2 lupa dah)
Ade satu soalan ni, dia tanya kenapa nak ambik medic.. So korg kena cakapla jawapan yang x cliche sebabnya kalau korang jawab sebab nak tolong orang... Dia akan balas balik, pekerjaan lain pun boleh tolong org x semestinya doktor.. So korang kenalah confident jawab balik soalan2 panel tu....
Pastu, yang soalan group tu... Rasenya hari tu dia bagi perkataan ni, dan korg kena bina perkataan lain berdasarkan setiap huruf yang ade dalam perkataan tu untuk menggambarkan ciri2 doktor yang berjaya (kott??!).... Contohnya, perkataan BRILLIANT... pandai2 lah korang bina perkataan lain berdasarkan huruf2 tu dan terang pasal ciri2 tu...
Setakat ni je saya rase yang saya boleh bantu untuk terang pasal iv medic ni... Sy pun x taula klau tiba2 format korang tahun ni jd mcm tahun2 sebelum ni balik... Hehe.. Anyways good luck untuk adik2 semua yang bakal menghadapi iv medic nanti! Be confident! Trust yourself!! In Sya Allah you can do it! Chaiyokk!! 😂😂 sorryla terpanjang pulak mengarang ayat... Rajin2 kanlah membaca coretan hati seniormu ini wahai adik2 😂😂 Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!! (sorry post lambat setahun pasal iv medic ni.. huhu... sibuk sangat... sekarang ni tengah cuti study week + cuti raya) doakan saya tabah belajar sambil beraya... T_T... For degree student in USIM, good luck for your upcoming final exam!!
P/S : cuba teka sy dapat medic atau tak? Hehehehhehe... Nanti time cuti 2 bulan, saya akan cerita pengalaman degree _________ saya di USIM.. Stay tune guys!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengalaman Travel ke Jepun Disember 2019 (Japan Travel) ~Part 1
Assalamualaikum W.B. Bersempena dengan cuti sem selama sebulan ni dan saye tak tau nak buat ape, so saye berhajat ingin menulis blog n...

-
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum W.B.T..... Wow this is the first time I wrote something in a blog... Okey, sebenarnya saya bar...
-
Disebabkan ramai yang request pasal Interview Medic USIM... So saya akan cerita serba sedikit berdasarkan pengalaman saya.. (sebenarnya saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan